Rabu, 19 November 2014

Menghargai orang lain

      Pada masa sekarang, sifat-sifat kemanusiaan bagaikan 'hilang' dari manusia.   Sifat mementingkan diri sendiri semakin ketara pada diri manusia.  Yang lemah terus ditindas dan yang kuat terus berkuasa.  Mengapa begitu?  Hal ini kerana sikap menghargai orang lain tidak dipupuk sejak kecil.

MEMBULI JADI 'VIRAL'
      Terdapat dua video buli yang telah menjadi viral di media sosial.  Video tersebut telah membuka mata orang ramai bahawa masih terdapat kes-kes buli di sekolah dan asrama.  Melalui video-video tersebut, kita dapat melihat seolah-olah pembuli tersebut tidak mempunyai perasaan belas kasihan.  Bagi pembuli, membuli adalah satu kepuasan terutamanya apabila mereka berdendam terhadap mangsa buli tersebut.

       Sebenarnya, banyak jenis buli yang telah berlaku di sekolah.  Membuli bukan hanya sekadar buli secara fizikal sahaja.  Mengejek, mencemuh, memaki dan menyakat juga merupakan pembulian tetapi secara mental.  Kita mesti berusaha membanteras kes-kes buli ini walaubagaimana sekalipun. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam hal ini.

MEMBUNUH IBARAT SATU KEPUASAN
      Jika kita lihat bagaimana orang Palestin dibunuh dan dikurung, hal ini menunjukkan bahawa orang yang melakukan perbuatan tersebut memang 'suka' membunuh.  Hanya kerana dendam, membunuh ibarat jalan penyelesaian masalah yang paling mudah.  Amerika juga akan membunuh orang awam apabila ada 'alasan kukuh' untuk menyerang tempat tersebut.  Contohnya, 'Tragedi' 9/11 menjadi alasan Amerika Syarikat untuk menyerang Afghanistan.

     Jadi, janganlah kita sesekali berniat untuk membenci, berdendam atau lebih teruk membunuh seseorang. Jika tidak, pembunuhan akan berleluasa dan dunia semakin parah.

BELAJAR UNTUK MENGHARGAI ORANG LAIN
    Kesimpulannya, kita semua mesti berusaha untuk menyayangi orang lain sepertimana Nabi Muhammad SAW menyayangi orang lain.  Memang untuk mengamalkan sikap ini susah jika menyakitkan hati orang telah menjadi amalan.  Bak kata pepatah 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.  Orang lain juga penting dalam kehidupan kita.

Tiada ulasan: