Sabtu, 4 Julai 2009

Influenza A (H1N1)

Kini negara kita sedang dilanda penyakit selsema babi. Apabila anda mempunyai tanda berikut:-
-Demam

Serta salah satu tanda-tanda berikut:-
-Selsema
-Batuk
-Sakit kepala
-Sakit badan
-Sakit tekak
-Kadangkala muntah-muntah
-Cirit-birit

Segeralah pergi hospital kerajaan yang berdekatan.

Sumber: Ministry of Health Malaysia

Sabtu, 11 April 2009

Al-Basmallah

Ucaplah Basmallah setiap kali sebelum melakukan kerja. Kerana setiap kerja yang dimulai dengan ayat 'Bismillahirrahmanirrahim' akan dikira sebagai ibadat. Apabila kerja dikira sebagai ibadat, maka pahala pun dapat. Apabila dapat pahala lebih, boleh digunakan pada akhirat nanti. (Maaflah, ayat berbelit sedikit).

Sabtu, 28 Februari 2009

Raksasa Air

Ini menceritakan tentang raksasa air ditemui di Scotland. Rekod paling awal yang menunjukkan adanya raksasa air pada tahun 565 Masihi. Pada tahun 1933, selepas Tasik Ness di Scotland membuka satu jalan keliling, semakin ramai orang, raksasa air muncul di Tasik Ness. Pada tahun 1934, Pengurus Hal-Ehwal Pertanian iaitu Kimberly Berkata " Kepala raksasa air berukuran 180cm panjang, bentuknya seperti ular, ada bonggol di belakang badannya, badan berukuran 90m ". Pada tahun yang sama, ada seorang doktor British, Kenix Wilson berjaya menangkap gambar raksasa air. Pada tahun yang sama juga, Asha Grand menemui raksasa air merangkak ke darat. Beliau menggunakan lampu di depan keretanya untuk melihat dan dia mendapati bahawa ia menyerupai sejenis hidupan prasejarah.