Khamis, 5 Jun 2014

MH370 Berada di Diego Garcia?

Ini cumalah pendapat peribadi berdasarkan pelbagai sumber. Anda mempunyai hak untuk mempercayai perkara ini atau tidak. Jika ada maklumat yang salah, sebarang 'bangkangan' yang baik amat dialu-alukan.

 1. Pesawat Malaysia Airlines Penerbangan 370 telah dilaporkan hilang dari selepas berlepas kira-kira 1 jam dari KLIA menuju ke Beijing. Berita ini amat menggemparkan semua pihak terutamanya keluarga-keluarga penumpang. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan, antaranya rampasan kapal terbang, ditembak, kerja orang dalam, menyorok di bayang kapal terbang lain dan ada juga teori yang dilihat tidak masuk akal seperti diculik makhluk asing dan Segitiga Bermuda.

 2. Ke manakah MH370 menghilang? Bagi saya, MH370 dikawal dari darat dan dibawa ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di Lautan Hindi, Diego Garcia.


 



 3. Mengapa Diego Garcia? Saya merasakan ia merupakan pendapat yang paling logik antara semua. Jika benar ia berada di situ, ia sebenarnya telah dirancang oleh puak-puak tertentu dengan begitu teliti. Saya percaya bahawa Amerika Syarikat terlibat dalam perkara ini. Di dalam pesawat ini terdapat 'khazanah' yang sangat diinginkan oleh Amerika iaitu pekerja-pekerja Freescale Semiconductor. Mereka mempunyai kelebihan berkaitan mikrocip dan sebagainya. Mengikut sumber dari laman web lain, 4 orang daripadanya adalah pemegang hakcipta ataupun 'Patent' yang baru didaftarkan mereka.



 4. Pada tahun lepas, sebuah pesawat Malaysia Airlines yang lama dengan no pendaftaran 9M-MRI telah dibeli oleh syarikat Amerika Syarikat, GA Telesis. Pesawat itu kemudiannya ditukar no pendaftaran kepada N105GT dan dibawa dari Perancis ke Tel Aviv, Israel. Persoalannya, kenapa GA Telesis ingin membeli pesawat itu dan kenapa ia mesti disimpan di Tel Aviv? Adakah terdapat satu lagi rancangan 'false-flag' oleh Israel dan Amerika Syarikat? Pesawat ini dipercayai tidak lagi terdapat di Tel Aviv sebaik sahaja MH370 hilang.

N105GT tidak kelihatan jelas kerana dicetak hitam.  Adakah kerana mereka ingin menyorokkan no pendaftaran ini?

Gambar ini ditangkap di Tel Aviv pada Disember 2013.

 
Maklumat tentang pesawat ini terdapat di www.planespotters.net

5. Untuk pengetahuan anda, penduduk Kudahuvadhoo di Maldives telah melihat sebuah kapal terbang besar yang mempunyai jalur merah biru dan mereka berkata kapal terbang besar tidak pernah terbang serendah itu di tempat mereka. Ia dikatakan datang dari barat laut ke tenggara. Bukankah itu sama dengan ciri-ciri pesawat MAS? Kemungkinan juga ia adalah pesawat kembar MH370 yang datang dari Tel Aviv seperti yang disebutkan tadi.



 6. Ada yang mengatakan teori Diego Garcia tidak masuk akal kerana dianggap terlalu jauh dan merasakan bahan bakar MH370 tidak cukup untuk sampai ke sana. Tetapi tahukah anda bahawa jarak Kuala Lumpur ke Beijing dan Diego Garcia adalah lebih kurang sama? Mengikut gambar di bawah, jarak KLIA ke Beijing adalah 4418.37 km. Jarak dari Kota Bharu (paling dekat dengan lokasi terakhir MH370) ke Diego Garcia melalui Kudahuvadhoo adalah 3280.67 + 1113.32 = 4393.99 km. Bukankah Diego Garcia lebih dekat? Kemungkinan juga MH370 mengisi minyak di Maldives sebelum meneruskan perjalanan ke Diego Garcia.



 


 7.  Saya percaya ramai yang pernah terbaca mimpi seorang ustaz tentang pesawat MH370.  Benar atau tidak, wallahualam.  Tetapi mimpi itu mungkin benar kerana dilihat logik.  Kalau tidak tahu, boleh baca sini dan sini.  Ramai juga pihak yang tidak percaya perkara ini kerana dilihat sebagai rekaan sehingga ustaz ini terpaksa menutup akaun Facebooknya kerana dimaki dan dihina.  Bagi saya, mimpi juga boleh menjadi petunjuk.  Lihat pada zaman Rasulullah, bagaimana azan boleh wujud di dunia ini?  Abu Bakar as-Siddiq r.a juga bermimpi tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW.  Jika anda ingin percaya, silakan.  Jika tidak, tak perlulah.  Tak payahlah sampai mengutuk ustaz itu kononnya rekaan dan sebagainya.

8.  Mengikut sumber dari laman web lain,  pesawat ini dipintas oleh dua pesawat AWACS, pesawat tercanggih tentera Amerika untuk mengelakkan MH370 dikesan radar sebelum dibawa ke Diego Garcia.  Saya percaya setiap negera yang dilalui MH370 telah diugut oleh Amerika untuk mendiamkan diri tentang MH370.  Ada yang mempertikaikan bagaimana kapal terbang itu boleh dikawal dari darat.  Lihat ini.  Boeing merupakan syarikat pengeluar kapal terbang pertama yang memperkenalkan sistem 'auto-land' untuk kapal terbang yang dirampas.  Persoalannya, kenapa Boeing tidak menggunakan sistem ini untuk MH370?  Sebenarnya, mereka menggunakan sistem ini untuk membawa MH370 ke Diego Garcia.  Tentang penglibatan Malaysia dalam hal ini, saya rasa tidak.  Jika memang terlibat sekali pun, mungkin mereka diugut oleh pihak Amerika.

Gambar hiasan

9.  Pada akhir bulan Mac, Dato' Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa MH370 telah berakhir di Selatan Lautan Hindi.  Pencarian telah dilakukan selama 2-3 bulan.  Alat untuk mencari di dasar laut turut digunakan seperti Bluefin 21.  Tetapi, tiada satu pun serpihan dijumpai.  Pelik, kan?  Berita terbaru mengatakan JACC mengesahkan MH370 tidak berakhir di Selatan Lautan Hindi.  Kesian mereka yang menyertai SAR.   Mengenai kenyataan Najib tadi, mengapa Najib mengumumkan terlalu awal sedangkan serpihan belum dijumpai lagi?

10. Pada hari selepas MH370, beberapa keluarga penumpang mengatakan berjaya menghubungi penumpang MH370, tetapi tidak dijawab.  Jadi, mereka pun menganggap penumpang masih hidup lagi.  Secara logiknya, memang patut pun telefon itu dapat dihubungi jika ia dibawa ke Diego Garcia.  Keluarga penumpang Indonesia dikatakan berjaya menghubunginya melalui Skype (iPad) tetapi tidak diangkat juga.  Skype sebenarnya hanya boleh dihubungi melalui internet.  Persoalannya, adakah terdapat wi-fi di Diego Garcia?  Ini yang saya jumpa:

Internet di Diego Garcia melalu sure.io

Telefon pintar dijual di Diego Garcia!

Modem pun ada?  Di setiap pangkalan US pulak tu!

Maklumat tentang Diego Garcia juga terdapat di sini (PDF).

11.  Di 4chan.com, seseorang dengan menggunakan nama 'anonymous' yang mengaku sebagai Philip Wood,  memberitahu bahawa pesawatnya dirampas dan dikurung di dalam penjara.  Lihat di sini.  Berikut ialah kata-katanya:

I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.
Kemudian dia menghantar gambar ini:


Selepas diperiksa melalui exif viewer, saya dapat maklumat ini:

Tekan untuk paparan lebih besar.

Adakah benar itu ialah Philip Wood, salah seorang penumpang MH370?  Ada pelbagai pertikaian yang diterima, antaranya:
a) Telefon masih hidup ke selepas seminggu?
b) Alah, exif tu boleh ditukar dengan mudah lah.
c) Muat ke nak letak iPhone kat situ?
d) Takde flash pun, iPhone 5 kan ada flash.

Ini jawapannya:
a) Telefon masih hidup jika dia tak on selama 10 hari. Mungkin masa dia nak hantar gambar ni barulah dia on.
b) Ya, saya tak dapat nafikan itu.  Tetapi siapa yang nak 'fitnah' Amerika?  Lagipun masa ni teori Diego Garcia masih belum 'hangat'.
c) Muatlah, dia mesti letak kat dalam spender.
d) Flash kan boleh di-off.  Lagipun, mana tau ada yang memerhati dia ni.

Sebenarnya kalau Philip Wood tak buat macam ni pun saya masih yakin yang MH370 masih berada di Diego Garcia.  Untuk melihat lagi maklumat tentang perkara ini sila lihat ini.

12.  Sebenarnya, banyak perkara yang dikaitkan dengan MH370.  Contohnya:
a) Man of Steel (2013)

Terdapat lori yang bertanda 'MIA 6370' di filem ini.

Koordinat pencarian MH370 terdapat dalam filem ini!
MIA 6370: 6 itu merujuk pada huruf F (Flight), huruf keenam dalam rumi.  Macam mana  petanda ni boleh wujud? Superman juga ada menyebut 'Southern Indian Ocean'.  Adakah ia masih kebetulan?

b) Lagu Get It Started - Pitbull & Shakira

Lihat lirik yang terdapat dalam lagu ini:

Big news, Pitbull, Tom Cruise, Mumbai
I lit up their December nights like the Fourth of July, Vanilla Sky
Thriller in Manila, knocking them out like Pacquiao
No Ali, No Frazier, but for now it's off to Malaysia
Two passports, three cities, two countries, one day
Now that's worldwide, if you think it's a game, let's play (dale)

Melihat lirik di atas, ia seolah-olah berkait rapat dengan MH370.   Ali dikatakan merujuk kepada Mr Ali yang digunakan oleh pemegang pasport curi untuk membeli tiket.  Adakah ianya masih kebetulan?

13. Berikut ialah maklumat yang saya dapat di laman sosial:

Penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan Ramadhan ini jika negara x berjaya memujuk negara China dlm beberapa isu yang menyentuh negara Amerika dan dunia. Setakat laporan ini ditulis terdapat media-media alternatif luar negara sudah mula memaparkan keadaan sebenar kesemua penumpang yg berada di dlm pesawat MH370 yg dikatakan masih hidup. Malah terdapat satu laporan jelas yg sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dgn wakil negara ???? bagi mengesahkan mereka masih hidup sebelum sebarang perjanjian " sulit " dipersetujui.

Penuh Misteri, hanya dia saja yg tahu........... Oleh kerana penumpang yg teramai adalah dari negara China, negara China mungkin akan akur dan tunduk dengan kehendak Amerika malahan telah dilaporkan sekarang ini kedudukan ekonomi China adalah terkuat dan berada diranking number satu di dunia. Terdapat laporan yg banyak telah berlaku sekarang ini di negara China oleh waris-waris penumpang MH370 agar berita yang mengatakan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 masih hidup yg mana mereka mendesak agar kerajaan mereka (CHINA) tunduk dan akur dgr syarat yg dibuat oleh Amerika susulan maklumat bocor di alam maya tentang telah berlaku " Hijacked " ke atas pesawat MH370 pada pagi kejadian agar keluarga mereka selamat...

Maklmuat tambahan yg tercicir ialah pada waktu pesawat MH370 hilang dari radar, Amerika laknatullah telah menghantar pesawat AWAC untuk memintas pesawat MH370 dan menerbangkannya dgn alat kawalan jauh ke Maldivies utk mengisi minyak dan seterusnya selamat mendarat di Diego Garcia sebuah pangkalan ketenteraan Amerika lakknatullah !!!!

Sebelum pesawat MH370 diterbangkan ke Beijing, kapten Zaharie telah membuat panggilan tel. menggunakan hp peribadinya kepada seseorang yg tidak dinamakan siapa dia. Dia dlm kandungan perbualan tersebut beliau ada mengatakan ada menerima maklumat yg pesawat MH370 akan " dihijacked " dan menyuruh org itu agar menjaga alat simulator peribadinya di rumah kerana simulator itu satu-satunya alat yg dia reka sendiri bagi mengesan pesawat yg diterbangkan berada di mana jika benar pesawat akan dihijacked.... Utk makluman landasan Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah berada di dlm kategori landasan simulator yg berada di rumah Kapten Zaharie. Tapi syg 1000 kali sayang kita mendapat maklumat kononnya Kapten Zaharie telah mendelete beberapa log di simulator tersebut bagi memadakan rekod sebelumnya padahal agen CIA telah menghapuskan log tersebut. Itu yg dapat disimpulkan oleh beberapa penyiasat. Harap Maklum... !!!!


Ni berita baru diterima, laporan lengkap data satelit MH370 daripada firma United Kingdom inmarsat telah diterima tetapi tidak boleh didedahkan kerana gara-gara berita penummpang MH370 akan dibebaskan. Sekali lagi mereka gagal menipu kerana perancangan Allah itu lagi tepat ... sama-sama kita teruskan berdoa agar perancangan mereka gagal dan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di dlm keadaan selamat dan segera dibebaskan... Penyiasat menjangkakan satu persatu maklumat akan terbocor dgn sendirinya susulan pendedahan dari egen risikan yg mungkin berpaling tadah atau hatinya digerakkan oleh Allah s.w.t utk berkata perkara yg benar... Susulan pendedahan percakapan Kapten Zaharie dgn wakil negara ??? satu lagi tamparan hebat dan mungkin selepas ini kita akan melihat sejauh mana perjalanan MH370 ini boleh ditutup oleh media-media....

Sumber: Facebook Sharifah Sofia Syed Rashid.  Di sini juga terdapat info terkini dan terperinci tentang MH370*.

14.  Sebenarnya, terdapat beberapa media yang melaporkan bahawa MH370 berada di Diego Garcia seperti media Rusia.  Terdapat juga perisik atau doktor yang dikerah ke Diego Garcia membocorkan rahsia selepas berpaling tadah.  Tun Dr Mahathir juga mengatakan sesetengah pihak sedang menyembunyikan sesuatu.

15.  Kesimpulannya, saya yakin yang MH370 berada di Diego Garcia.  Ingatlah, kita semua berada di zaman fitnah.  Kita sudah hampir dengan kemunculan Al-Masih Ad-Dajjal.  Kalau boleh, cepat-cepatlah hafal surah al-Kahfi 10 ayat pertama.  Pada masa sekarang, perkara yang paling dipercayai juga menipu seperti media massa.  Apabila kita mendapat sesuatu berita, kita mesti pandai menilai sama ada benar atau tidak.  Media sekarang dikawal oleh Amerika dan Zionis.  Lihatlah, media barat memburukkan nama Malaysia dengan menyalahkan kerajaan Malaysia dan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah.  Media Israel pula menyalahkan Iran atas perkara ini.

16. Sekadar info tambahan:

a) M = Huruf ke-13 dalam rumi
    H = Huruf ke-8 dalam rumi

370 + 13 + 8 = 391
3 = C
9 = I
1= A

Adakah ia kebetulan lagi?  CIA tiba-tiba muncul apabila ditambah huruf dan nombor MH370.

b) Enjin pesawat MH370 merupakan komponen paling lasak dan sukar musnah walaupun terbakar mahupun meletup. Berat enjin pesawat Boieng 777-200ER (MH370) adalah lebih dari 35 tan. Jika terdampar di dasar laut sekalipun komponen itu tidak akan pecah berderai seperti objek lain kerana logam yang digunakan sangat berkualiti tinggi malah jika benar ianya terhempas di Selatan Lautan Hindi masih lagi boleh dijumpai selama sebulan atau lebih.

17.  Saya rasa mungkin ini sahaja yang boleh saya kongsikan.  Sebarang silap fakta mohon maafkan.  Terima kasih kerana membaca.  Sebarang maklumat untuk dikongsi amat dialu-alukan.

*Jika anda ingin mengetahui tentang maklumat tentang Palestin dan Gaza, sila ikuti laman Facebook ini: Sharifah Sofia Syed Rashid II

_______________________________________________________________

Sumber:
1. Media Malaysia
2. Media Barat
3. Media alternatif
4. Laman sosial
5. Pelbagai laman web
6. Logik akal
7. Buku 'Art of Deception' karya Jerry D. Gray (memberi ilham tentang penglibatan Amerika dalam kes MH370)
8. Pendapat pakar dan tokoh

Tiada ulasan: